negara-negara yang ingin saya lawati

   Assalamualaikum :) Haaa, dah makan belum? Dah mandi? Hahaaaa. Apa-apa je lah. Eh, tengok title tuu. Haa, saya nak cerita sikit nii (saya rasa banyak yang saya nak cerita sebenarnya) tentang negara-negara yang saya TERINGIN sangat nak pergi. Alaaa, bak kata orang putih, travelling. Sambil tuu, boleh jugak cuci mata kann. Saya kan kaki shopping. Hekhek ;D Okehh. Let's check it out babeh!


                                                           


Seoul, South Korea
Hmmm, inilah tempat yang saya nak sangattttt-sangatttt pergi! First place tuu. Kalau saya dengar je perkataan seoul, south korea, gerenti saya berangan dapat melancong dekat situ. Mesti bestt kan? Saya nak melancong di situ sebab saya minat korea ~ Hehhee. Menyampah? So what. Minat saya, sukahati makbapak saya la! Cewahh. Benda penting yang mesti dibawa kalau saya melancong, mestilah camera. Dapatlah saya snap-snap gambar dekat situ kan? Tak pun snap gambar mat korea yang handsome dan menjadi kegilaan saya tuu. Kekeke :P Kalau dapat jumpa artis korea lagilah AWESOME! Saya rasa, kalau saya jumpa mereka mesti saya akan jadi GILA! Wohohooo. Terimalah hakikatnya wahai artis korea jika saya berjumpa @ terserempak dengan korang semuaa. Tak kiralah siapa pun! Janji artis! Barulah daebakk! Kan kan? Tapi kalau Nichkhun ataupun 2PM, saya rasa memang saya akan pengsan or buat-buat terharu. Hahaha. Mengada-ngada pulakk kan? Okayy, next please!




Paris, France
Nak tahu, inilah Paris, city of love *dengan nada romantik* Ewahh. Ngada-ngadalah pulakkk. Hahahaaa. Cantik kan Eiffel Tower?! Saya tak peduli kalau kaki saya melecet teruk or hampir patah semata-mata mendaki 1,792 anak tangga untuk tiba di puncak Menara Eiffel ini. Saya suka sangat design Eiffel Tower nii. Awesome lahh, kalau boleh saya nak bawak balik rumah! Tapi, semua tu impossible *sambil menyanyi lagu Shontelle* sebab benda tu BERAT nauzubillah and pasti saya akan dibunuh penduduk Paris sebab dah curi tugu negara dia orang. And kalau dah sampai Malaysia, mesti saya kena buang negara kan, sebab pandai-pandai aje bawak balik Eiffel Tower! Hahahaha! Gilaaa. Tak akan saya buat kerja bodoh tuu. Huikhuik :D



Turin, Italy

Haaa, nak tahu? Inilah tempat ke-3 yang saya nak pergi! Bestttt. Sebab, saya ada baca sebuah novel yang 50% menceritakan tentang Turin, Italy. Dekat situ banyakkkkkkk sangat shopping kompleks and rata-ratanya orang yang menetap di situ semuanya stylish. Wowww, saya sukaa sebab cita-cita saya mestilah FASHION DESIGNER and PHOTOGRAPHER. Ewahhhh ;D Aminnn.


P/S : Doakan saya supaya dapat melancong di 3 negara hebat ini yaa? Aminnnnnn! Semoga impian saya tercapai. Hihihihi ;P

Mian-nata :'(


  Hye. Assalamualaikum :') Apa khabar? Saya bosan sangat hari ni. Tadi pun baru aje habis tengok cerita Master Of Study. Hmm. Tapi mood saya memang hancur hari ni! Arghh -_- Saya gaduh dengan kawan saya. Malaslah nak cerita panjang-panjang. Tak suke tak suke :'P Hihi.

  Oh yaa. Hari ni exam paper Bahasa Malaysia dan Kemahiran Hidup. First of all, saya bersyukur sangat sebab tak sia-sia saya buat ulang kaji semalaman. Kebanyakan yang keluar memang kacang aje. Hihi. Apapun, alhamdulillah :D Bahasa Malaysia? Errr, saya dan kawan-kawan memang harap sangat binaan plot bagi novel Cempaka Putih Untukmu itu yang keluar. Tapi, sangkaan kita orang meleset 100%. Uwaaaaaaa. Yang keluar ialah tema. Haisss. Susah lah jugak, sebab saya CONFIDENT sangat yang akan keluar untuk exam bahagian D ialah binaan plot. Ciss, kurang asamm. Itulah akibatnya terlalu CONFIDENT, sampai boleh terbalik jadi CONDIFENT. Aigooo.

  Dahlah, saya nak out dulu. Esok ada perjumpaan taklimat kadet koreksional. Haihh, letihlah. Esok saya banyak benda nak buat. Kasut sekolah saya dah kotor sangat sebab minggu lepas tak sempat cuci. Hihihi. *Pengotor* Okaylah, saya nak keluar dulu. Assalamualaikum :'D


p/s : Aku rindu muka ceridak kau. Aku rindu maok nengok kau molah muka beruk kau. Muka beruk kau jak kacak di mata aku bahh. Hahaha. Bye :'D

We hate you -.-

   Assalamualaikum and hello! Wahh, hari ni saya HOT MAMA sangat dengan seorang senior sekolah kita orang. Dia tu perasan handsome sangatt sampai dia benci kami! Wehh, apa kes? Saya buat tak tahu je, tapi kalau kadang-kadang darah saya menyirap sangat saya sengaja menyindir mereka. Perasan bagus betul! Sama aje dengan geng dia yang kepo-kepo tu. Hish, hanya mampu bersabar! Nanti Allah swt tarik balik kehenseman (tak handsome mana pun, macam tambi lagi ada) kau tu, baru kau tahu langit tinggi rendah! Amekkaw! ><

  Dahdah. Berhenti mengumpat. Tak baik tahu mengumpat orang. Hahahaaa. Tapi, budak lelaki tu pun mengumpat kami juga. Ek elehh, jual karpet je lah kau lagi baikk! Ishh, saya harap awak akan berubah jadi baik ya, takpayah rasa bagus sangat sebab nobody's perfect, bak kata Jessie J. Hikhikhik ;D

  Epp, lupa nak bagitahu. Beberapa hari ni saya tak online or pegang lappy. Exam penggal ke-2. Hihi. Biasalah tuu. Okayy, byee and assalamualaikum ;)

Today :D

  Assalamualaikum and halooo! Kekeke :) First of all, jangan marah yerr sayang-sayangku ;P Saya tak dapat post selalu, sebab lappy ni haaa, asyik lag aje! Stresss tahu?!! Opp, dahdah. Cakap hal lain pulak. Tetttttt ~

  Saya sekarang ni dah jadi sebahagian dari 'KK Family' or lebih jelas lagi, Kadet Koreksional Famss. Saya dan Karima dipilih jadi ahli untuk join camp di sekolah nanti. Bestt, tak sabar tapi yang tak syoknya kawan saya, Shidah tak dipilih. Tch, sabar aje lah -.- Oww, best sangat dapat bergurau senda tadi. Hehehe, hari ni birthday Kak Mila, so kita orang pun buat suprise lah. Tapi part paling best, bila Kak Mila tengah syahdu-syahdu potong kek coklat dengan gembiranya, ada orang 'jahat' dan 'nakal' yang pecahkan telur atas kepala dia. Dahlah rambut Kak Mila panjang gilerrr. Woahh, kasihan jugak, tapi dah namanya pun birthday girl, nasib laa kan. Hahaha :D Yang tu masih okayy, tapi part paling saya bengang sekali bila Halim, our kerekk senior sapu aising cake dekat muka Karima and tudung saya. Eeeee, sabar je laaa! Takkan nak marah kan, nanti orang cakap tak sporting. Takpa takpa, 16 Jun nii birthday dia, tunggu ajelah! Muahahahahah :D (evil laugh)

  Then lepas habis bersuka ria, kita orang pun balik. Sempat juga makan-makan dekat gerai mamak belakang sekolah. Mi jawa ayam dia sedappp :) Then bila kita orang on the way nak balik rumah, ada laa sekumpulan budak cina kelas sebelah yang saya tergila-gilakan tuu ( heuheuheu :P ) lalu sebelah kami. Salah seorang kawan Mr. C, Ah Teiu lalu guna motosikal dia. Paling saya terkejut, tiba-tiba aje dia tegur kami. And saya pun terkejut gilaa babenggg sebab tak sangka dia friendly sangat-sangat. Mana taknya, tengok muka dia aje dah tahu dia tu kepala gangster. Budak cina, biasalah kan. Tapi saya tak kisah. Best tau dapat kawan dengan orang yang tak sebangsa dengan kita, sebab nanti dapatlah saya belajar bahasa cina. Huikhuik.

 Ehh, dahlah. Nak berhenti di sini dahulu. Sekian, annyeong! :)