I HATE MY NEW CLASS!

Assalamualaikum :)

  Okay, first of all nak cerita pasal result pmr aku niii. Hm aku dapat 2A 4B 1C 1D. Haaa terukkk kann? D tu takyah tanya lah. Huh -.-

 So aku masuk kelas 4 cekal. Ada suka duka masuk kelas ni. Yang dukanya banyak sangattt, tak terkira! Tapi paling duka sekali is our form teacher tu garangg! Huiihh. Tak reti nak senyum sikit. Alaaa tak rock langsung lah. Huhh T_T

  Yang suka-suke-suki nya pulak ialah E jadi classmate aku! Wahh. Syoknya tidak terkata. Okay stop that gila pulak aku nii. Huuuu. Tapi aku paling benci sangatlah bab beli buku latihan yang berat plusplus campur lagi dengan buku teks form 4. Alahai bencinyaaaaaa!!! T.T > <'

  Bila aku buka acc facebook, one more thing yang buat darah aku naik ke paras yang bahaya!! Aku rasa mamat tu nak kena stapler mulut tu kot baru tahu reti hormat orang macam aku ni.

  So that's all for today. Byebye :)

Back To December

Assalamualaikum. First of all, maaf sebab tak hangout lagi dengan bolg ni. I'm kinda busy lately. Tak laa busy mana, cuma laptop rosak. Hope you guys understood. Oh yaa. Tak lama lagi result PMR keluar. Heeee. Takut weiii. Harap harap result okayy. Kalau cemerlang lagi DAEBAK. Ekekeke. Kalau result bagus mesti aku akan senyum lebar macam baby nii. Hahaha :D



Okayy. Stop the crap. Malas nak bebel lagii. Semalam aku beli sneakers Dunlop. Hmm. Boleh tahan. Just tak sangka harganya tak cekik darah. Alaa, kasut dekat Lea Centre tu jangan pandanglah kalau poket aku kempis. Ni pun nasib baik poket aku kembang sikit. Hohoho.



Okehh. Aku out dulu. Ada masa kamek on agik okey? Haha. Bye!

P/S : Follow my twitter ( https://twitter.com/voxieyellow ) and my instagram ( @NINIZAARAI )

Hello? Anyone?



- munch chop swallow at Sumber Rejeki -


                                                   - i wish i can have this little three eyes -


for someone :'<



- Sibu Heritage Centre -


                           - we alls (from left: Farah Wahieda, Me, Amira Aryani, Eyda and Eyma) -


- im all stripes today wehee :3 -
  Assalamualaikum :) Wahh, lama saya tak online kan? Hm, biasalah. Habis aje PMR, rasa freedom gilessss! Muka saya mesti la camni : ><' : Hahaha. Okay, stop it. Sekarang ni tengah busy nak buat dinner tahunan kadet koreksional. Hoho. Kinda tired but it's okay sebab tahun depan kawan-kawan form 5 saya dah bye-bye :(

Okay. Malas nak cakap panjangg. Tak sabar nak ambik result PMR :) Harap-harap semuanya okay, takda yang gagal and last but not least, 4A's. Aminnn :3

# maaf saya tak ada idea nak post entry kali ni sebab superb tired -.-'

WHATTTT?!

  Assalamualaikum :') Act hari ni saya frusttttttt sangattttt! Si 'ehem-ehem' ajak saya pergi library semalam, tapi at last tak jadi! Waaaaa x( Sorry-mianhamnida!!

  Now saya nak cerita sikit pasal sweet couple di Seoul, South Korea. Ekekeke.


                                       

                                         # sweet kan kan? Hehe. Ni lah Teukso couple #


                                  # ini lagi lah gilerrrrsss sweet. Jealous nyerr saya pungg adoii #


# paling sweet. saya sampai nangis-nangis tengok cerita nii. Alaa, cerita heart string #


Hahaha. Dah puas tengok? Heee :3 Kalaulah my future husband sweet romantic camni. Hahaha. Oh yaa, ini ciri-ciri lelaki favourite saya :P Saja aje nak share-share :P

* pandai main alat muzik, especially guitar! OME ~~
* pandai dalam pelajaran 
* lucu and sportinggggg ~
* tak pendiam. sikit-sikit, diam bisu. tumbok kang ;)
* mesti lah nak yang handsome-handsome and smart kan? Bohong kalau tak suka lelaki macam tuu ;P
lebih-lebih lagi kalau muka macam ni hahhhh ><'

                                                                    Nichkhun oppa
                                               

                                                                       Minwoo oppa

* know how to drive a car! weee :3
* penyabar
* tak suka marah-marah
* lastly, he loves me the way I loves him <3 

  Haha. LOL. Boring nya hari niiiiiii :( Sumpah, I do miss my oppa A a lot. Semalam bukan main gembira nak mati gila lagi saya ni bila dia text ajak keluar! Oh-my-gucci! Hahahaha. Most important, he called me tetttttt. Hehe :3 
Saya out dulu. BYE! Dia text saya lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaa whaaaaaattttttt tttttthhhhhhheeeeeee >< *crazy mood*


*PERHATIAN!* Peringatan jika membaca entri kali ini. Nini dalam keadaan tidak terkawal! Gugu gaga gugu gaga ><

YMCA ;)


 Assalamualaikum :) Hari ni saya nak cerita sikit pasal semalam ( 16-9-2012 ). Kitorang pergi YMCA! Yeayy :) Bestnyerr tak terkataa. Haha. Mula-mula sampai sekolah tu around 6.30 o'clock. Tapi, bas sampai pukul 8.00 daa -.-' Haha. Skip the boring part. Dalam bas tu memang kecoh jugak lah sebab bas yang uncle cina bawak tu laju nak mati gila. Yang saya geram, Halim dengan muka selamba dia habiskan keropok saya. Haha, saya tak kisah pun. Sharing is caring maa ;D

  Sampai aje kat YMCA, kitorang snap snap dulu. Argh, baru saya teringat saya terlupa bawak camera. Erghhhh, sabarrrr. Lepas ambil gambar kitorang pun masuk tempat tu dan cari pondok. Nasib baik pondok tu dekat aje dengan sungai yang mengalir kat bawah. Haha. Lepas ronda-ronda sekeliling YMCA tu, kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan 1,2,3 dan 4. Saya sama kumpulan dengan Rashidah, Nadia Ariffin and Kak Haslina. First game, mesti buat logo. Nama kumpulan kitorang Rainbow. Hahaha. Lepas buat logo, kitorang main game 'ice breaking'.  Mula-mula, saya malu jugak lah sebab saya ni kan pemalu ;P Hehe. Halim pulak tak habis-habis sakat saya dengan nama Shila Amzah. Eee, tumbok kang ;) Sebab dia panggil saya camtu, nanti saya bagitau eh? Lepas main game, kami pun main air. Haha. Azri dan Kak Mira memanggang ayam. Saya tak berani nak mandi so rendam kaki aje dah cukup. Malas nak kotorkan jeans.

  Lepas puas main air, kitorang pun makan tengah hari. Ayam panggang yang Azri dan Kak Mira panggang memang sedap gilesss. Haha. Lepas makan, kitorang main game ke-3. Game ketiga agak susah, iaitu mencari kertas sekecil beras. Apuu, ingat senang ke hah? Haha. Kumpulan 2 hilangkan bendera so kena denda mesti memperkenalkan diri dengan suara itik. Alaa, kesian tengok Rahmah. Hahaa. Relax dear ;) Lepas diorang kena denda, kami pulak kena denda sebab markah kami ketiga kecil. Ee, geramnya. Tapi, dendanya tak susah. Ketuk ketampi sambil nyanyi lagu Grenade dalam masa 30 saat. Haha. Teringat pulak dengan Mat Luthfi.

  Halim cakap masih ada masa lagi nak main air so apalagi, kitorang pun mainlah puas-puas. Mula-mula saya duduk kat jeti kecil tu aje sebab malas nak turun. Azri yang tengah duduk kat dahan pokok pun cakap dekat Akim "Tarik Nini ya, Kim!" Saya pun menjeling geram dekat Azri. "Iboh nak ngada-ngada! Sikda seluar spare tok!" Saya pun balas balik. Azri ketawa terbahak-bahak, "Nang ngada-ngada pun." Hai, tau takpe. Haha. Jangan marah. Gurau jerrr. Kami berempat ( saya, Eyma, Eyda, Rahmah ) macam orang gila lari dalam sungai tu sebab Halim nak tolak kitorang dalam air. No way!

  Lepas main air, kami pun tukar baju. Alaa, kesian betul tengok jamban tu. Haha. Lepas tukar baju, kitorang pun balikkkk ;( Tak puas lagi rasanya balik awal sangat. Haha. Dalam bas tu semuanya kepenatan. Paling teruk, hari hujan. Haha :') Walaupun saya seronok hari tu, tapi hati saya tetap tak seronok. Saya tak tahu macam mana nak cakap dengan dia. Esh, dahlah. Oh ya, pasal Shila Amzah tu. Saya, Eyma dan Eyda kan rapat, sebab tu Halim gelar kami tiga suara. Amboi, sedapnya mulut! Eyda dia selalu gelar Ning Baizura, Eyma pulak dia gelarkan Jaclyn Victor. Haha. Nasib baik dia gelar saya Shila Amzah. Okey lah tu. Haha. Terima kasih Halimmmmm ( Weekkkkk -.-' ) HAHAHA XD



Eyda aka Ning Baizura ;P



Eyda and Eyma :)



Eyma and Eyda 



Eyda and Rahmah



Ning Baizura and Shila Amzah tekonok! Haha XD



Rahmah, me and Eyma



Eyma and Eyda



Rahmah and Eyda



Yuck! Hahaha ;D



Gambar before Akim kena buli kitorang :) Ngeh ngeh

Baju kuning tu Azri, baju hitam tu pulak Halim, and baju biru Akim.



Eyma aka Jaclyn Victor XD



EYMAAA 



EYMA EYDA



Perasan jadi kanak-kanak Ribena jap :P



my ladeyhh ^^



It's me :3



Wooooo! Hahaha.


Nur Karima Bolhassan



Rashidah Wazir



Yeahh ><



Peace \../



Gambar selepas Akim dibuli kitorang. Hahha. Kesian nyerr ;P



3 girls yang excited habissss




Eyma and me



Me! Rasa hebat aje dapat naik atas-atas nii :3



I <3 Zuckerberg ngeeee :3



otw to pondok



Me and Tasneem. Bukan Ainan Tasneem okay? :)



BFF :D



Posing kejap :P



           Dahlah, saya out dulu. sakit jari ni taip-taip-taip. Haha. Okey bye ;) Enjoy tha pictha!

TODAY TODAY TODAY

  ASSALAMUALAIKUM HELLO ANYEONGHASEYO :)

 Hari ni saya pergi rumah Rahmah, attending her birthday party! Party tu memang awesome sangat. Haha xD Habis satu rumah tu bersepah dengan snow spray dan boom shake ( lebih jelas lagi boom yang keluar benda warna-warni apa tah tu :P )

 Yang datang party tu quite a lot. Haha. Paling sporting hari ni mesti lah Ayuna Yusoff. Haha xD Ayuna tu memang habis-habis cerita lucu dia bawak keluar! :D Adoi-adoii.

 Balik aje dari rumah Rahmah, saya dan mama pergi Sing Kwong sebab nak beli junk food. Alaa, esok kan saya pergi YMCA. Tapi, yang bencinya Jessie tu ikut jugak. Sabo je lah. Oh ya, masa saya tengah sibuk ambil green tea dari rak air kotak, ada laa sorang budak lelaki tu yang asyik pandang-pandang saya and senyum-senyum. Saya pun belek-belek baju, kot-kot ada something yang melucukan ke. Ee, apa senyum-senyum? Tumbok kang ;) Sampai aje kat kaunter, kebetulan dia tu tadi di kaunter hadapan saya dan mama. Wasehh, muka abang dia macam muka A.R. Hakhak :D LOL.

Dahlah, saya nak tido dulu, esok busy. Byebyebye :)

note note note : tak sabar tunggu result trial 2nd keluar :)

                 
                                - mama belikan fixie ni untuk Nini pleaseee I'll be good girl :3 -

  Assalamualaikum ;) Wehee, sekarang dah habis exam trial 2nd and saya boleh tarik nafas lega sikit aje. Sikit aje sebab PMR belum lagi woooo -.-' Hahaha. Oh ya, tak lama lagi kitorang pergi trip ke Belawai or YMCA! Yayy ;D Dapat buang penat kejap lepas seminggu-minggu asyik stresskan kepala kan? Haha.

  Hmm, saya terbaca post tetttt tadi. Wohh, frust nyerrr saya. Sabo je lah *bak kata Usop WheelChair* Sedih sedih sedih ;( Tapi takpe, saya tak kisah. Saya dah terus terang cakap dekat best friend dia bahawasanya saya teramat-amatlah **** dia. Takpa, saya tak kisah nyer pungg.

  Oh yaa, saya nak buat list LOL saya bila PMR dah over nanti :

  * saya akan rehat sepanjang hari and tak sentuh buku langsung. Rehatkan minda tekonok ;P
  * saya akan bercuti-hang out-buat kerja bodoh dengan kawan-kawan ( dah decided nak pergi Belawai cuti nanti )
  * saya akan view blog hari-hari maaaa. Hewhew :3
  * saya akan bukak balik buku paris saya dah dah berkurun lamanya tak disentuh. Kesian my eonni's and oppa's lama tak jenguk diorang :(
  * saya akan bangun pagi selewat-lewatnya ( tapi tak miss solat Subuh kay? )
  * lastly, saya akan berdoa supaya result PMR bagus punyaaa :D Cantekkkk ~ *Bak kata See Yew Soon OhMyEnglish*

  Okay lahh. Penat tekan-tekan nih. Muka adik saya pun dah macam Hulk sebab dari tadi nak main game. Eee, hari-hari game, tumbok kang ;P Sama aje macam saya. Hari-hari post. Hahahaha. Dahlah, byebyebye :)

I'm exhausted = = '


                                                      - Mason latest one so cute ^^ -

  Assalamualaikum. Waseh, lama tak jenguk blog ni. Maklumlah, sekarang saya tengah busy dengan buku dulu. Tak lama lagi PMR, nervousnya ( muka macam nak kena rompak ) = =' Haha. Gila sudah sayaaa XD

  Esok exam geografi and english. Wuuu, stress -.-' Tapi, lepas exam ni kami pergi bercuti di Belawai! Weheee! Bestnyerrrrr. Tak sabar lohh :D "Kami" tu merangkumi my friendsss. Hihi.

  Semalam saya tengok cerita Mobbed dengan family. Alaa, sweetnya! Saya paling geram part sorang lelaki tu dia nyanyi untuk girlfriend dia yang dah 5 tahun bersama tapi tak pernah face-to-face! Gosh, gila kan? Perempuan tu cantik sangatttttt, tapi lelaki tu nampak skema sikit lahh. Heee :3

  Pasal secret admirer saya tu, saya tak peduli pasal dia lagi. Dia sibuk SPM kan? Taknak kacau dia dulu. Tapi yang si seekor ni pulak tak faham bahasa agaknya. Memang saya kasihan kat dia, tapi nak buat macam mana? Salah dia sendiri, saya tak dapat maafkan. Bukan sekali dia buat camtu tau :(

  Dahlah, letih saya membebel seharian ni. Petang tadi ada extra class, terpaksa balik lewat. Wuu, penat derr! Takpa, lepas PMR nanti saya FREE! Yeahhh! Hahahahaha xD Byebyebye :P

Teknik Pembelajaran Yang Berkesan

   Assalamualaikum :3 Wah, berkurun lamanya saya tak jenguk blog ni. Hik hik. Busy lah katakan. Tak lama lagi raya, lepas tu PMR! Wahhh xD Cakap aje pasal raya, mesti tak sabar kan kan? Hehe.

   Baju raya saya ada dua pasang. Sepasang warna hijau and satu lagi warna putih. Haaaaa, tak mao cakap pasal raya dulu! Hari raya baru cakap pasal raya! Deal? :3

   Sekarang ni nak fokus PMR. Wee, takut+gementar+tak sabar+gugup and segala macam semua dah bercampur dah ni! AAAA :O Now, saya nak kasi teknik pembelajaran yang betul dan berkesan. Semoga korang berjaya dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM! :)


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

So, dah habis baca? Kalau berminat, salin dalam notebook cepat-cepat :D Haa, saya gembira sangat hari ni sebab result trial dah keluar! Yayyy! Semua lulus, except maths :( Tapi, dalam PMR saya lulus lah. Hahaha xD Syukur, Kemahiran Hidup dan Science pass-very-well ;) Syukur alhamdulillah. Saya keluar dulu. Assalamualaikum :)

Ramadhan Al-Mubarak

   Assalamualaikum. Apa khabar? Bagi umat Islam di seluruh dunia, selamat menyambut bulan ramadhan al-mubharak. Maaf, saya lama dah tak active sangat dalam blogging ni sebab minggu depan trial PMR. Argh, saya cuma risau pasal Mathematics and Science aje -.- Haizzz.

   Oh ya, saya dah beli baju raya dekat internet. Warna hijau gitu :P Tak lama lagi sampai laa. Harap-harap tak jadi macam buku saya dulu tu! What-the-fish -.-

   Semalam (sabtu) kami ada perjumpaan kadet koreksional dan pemilihan jawatan. Act, mula-mula saya dipilih menjawat jawatan pengerusi, ambil alih jawatan Azri laa tu. Tapi, tukar pulak daa. Kak Balqis jadi pengerusi, saya jadi naib pengerusi. Itu lagi okey. Tapi, Halim cakap budak form 4 tahun depan tak boleh pegang jawatan naib pengerusi jadi tukar dengan Mifzhal, or lebih jelas lagi cabut undi antara saya ataupun Mifzhal. Hm, sorang pun tak sokong saya :( Kawan-kawan dok sibuk dengan handphone so saya jadi setiausaha. Tak puas hati? Memang pun. Tak kisah sangat pasal tu.

   Buah hati pengarang jantung kekasih gelap saya tu pulak bad mood. Bukan hari tu aje bad mood, dari dulu lagi dah muka dia macam asam kecut campur cuka gitu :3 Hehee. Nanti saya tanya Mrs. Penyampai Berita saya okey? ;)

   Waaa, bila lah nak berbuka ni? Today menu berbuka puasa memang menjilat jari. Saya out dulu. Bye!!
  

Sigh = = '

   Assalamualaikum and anyeonghaseyo everyone! Hm, hari ni saya nak cerita sikit pasal jadual saya pada minggu depan. Errr, tengkuk ni rasa macam kena karate aje bila dapat kertas jadual latihan dari Halim.


     Latihan Kawad Kaki dan SENTAP untuk Kem Peringkat Negeri dan Hari Sukan Sekolah

      Tarikh               Hari                  Masa
      18/6                 ISNIN               0330-0500
      20/6                 RABU               0330-0550
      22/6                 JUMAAT          0330-0500
      23/6                 SABTU             0700-1100
      25/6                 ISNIN               0330-0500
      27/6                 RABU               0330-0500
      29/6                 JUMAAT          0330-0500
      30/6                 SABTU             0700-1100
      2/7                   ISNIN               0330-0500
      3/7                   SELASA           0330-0500
      4/7                   RABU               0330-0500
      5/7                   KHAMIS          0330-0500
      6/7                   JUMAAT          0330-0500
      7/7                   SABTU             0200-0500

     KEHADIRAN ADALAH WAJIB !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

   Ya Allah, saya tak tahu nak cakap apa sebaik sahaja baca isi kandungan kertas tu. Waaa, penatnya! Tapi, dah namanya pun wajib, saya mesti hadir jugakk. Lagipun, kami akan berkawad pada hari sukan sekolah nanti. Seronoknyaaaa! Tapi, bila saya baca Kem Peringkat Negeri tu saya jadi takutlah pulak. Hahaa. Dahlah tahun ni kami PMR. Arghh = = ' Saya makin aktif pulak dengan aktiviti luar. Hm, takpa. Saya cuba seimbangkan kedua-duanya sekali. Dalam pelajaran dan kadet koreksional. Buat masa sekarang, so far so good. Exam lepas saya dapat 5 gagal. Aaaaa :O Tapi, sekarang ni okay sikit laa. Saya dapat 3 aje gagal. Heee. Yang pastinya Sejarah dan Geografi saya dah lulus. Syukur alhamdulillah :D Tapi, maths dan science saya memang nyawa-nyawa ikan :( Kesiannyaaa tengok markah saya tuu. Hihii :'P

  Eh, esok saya nak outing dengan kawan-kawan. Hm, kalau jumpa saya tegur-tegurlah eh? Kalau saya tak tegur ke, apa ke, maaflah. Saya ni jenis senang lupa. Har har ;D Oh yaa, saya ada pengumuman ni. Ehem-ehemm .......

*TERBUKA KEPADA PEREMPUAN SAHAJA!!!

   KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI FUTSAL, SILA HADIR PADA HARI JUMAAT/SABTU ( 220612/230612) BERTEMPAT DI TN SPORT (SIBU, SARAWAK). JIKA BERMINAT, BOLEH HUBUNGI AHLI PASUKAN BALLBUSTER FC.
  SILA HUBUNGI :- Nurmi 0148834540 @ 0146826605
- Wani   01115884668
-  Nisa   0168504351

Hanya di Sibu, Sarawak sahaja. Harap maklum. Jika berminat, apa lagi ...  JOIN LAH! :)
Okay, sudah habis membaca? Hm, actually pasukan Ballbuster Fc nii kakak saya punya group. Mereka tak cukup orang, so kalau berminat call aje lah ya? Nisa tu kakak sayaa. Hahaa. Oh yaa, lupa nak cakap! Bagi yang berada di luar kawasan Sibu,Sarawak tu, memang dia orang tak dapat ambil. Pasal umur tu, tengoklah dulu. Heee :3

 Sekian sahaja entri saya pada hari ini. Selamat malam and assalamualaikum :)

Kem Beruniform 2012

   Assalamualaikum and anyeonghaseyo everyone! Heee ;) Amacam cuti? Best tak? Ada pergi cuti-cuti Malaysia ke? Hahaaa. Okayy. Now, saya nak cerita pasal KEM BERUNIFORM 2012 hari Khamis minggu lepas. Enjoyyyyy ~

  Saya sampai dekat sekolah pada jam 6.30 pagi macam tu. Lepas tu pergi mendaftar. Orang dekat situ punyalah ramai sampai sesak tempat parkir kereta dekat sekolah kami tu. Habis aje mendaftar, exco suruh kami masuk bilik darjah. Maknanya, tidur dalam kelaslah, tidur atas meja pulak tu. Adoyaii -,- Mula-mula kita orang kongsi kelas dengan budak-budak scout, tapi at last tak jadi. Hahaa. Baguslah. Sukesukesuke :P

  Tak sampai 10 minit, kami diarahkan turun semula. Then, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan saya ada 18 orang (tak silap saya) termasuk Haqim. Haqim tu sama kadet koreksional dengan saya. Kami disuruh buat flag. Aiyoo, susahnya! Mula-mula decided nama kumpulan dulu. Ketua kumpulan cakap dia nak nama kumpulan MESTI berkaitan dengan warna biru. Nama dia Wong Xii. Hakhak ;D Salah seorang ahli kumpulan bagi idea nak letak nama Big Bang. Wahhh, saya punyalah suka gilerr sebab saya sukaa sangattt dengan Big Bang. Tapi, at last tak jadi :'( Nama kumpulan kami BLUE FLAME! Saya masih ingat lagi motto kumpulan kami hari tu. "We may not be bright, but we can light you up!" Macam itulah lebih kurangg. Lepas habis buat bendera, kami main games. Game pertama, kami mesti nyanyi lagu. Mula-mula kami nyanyi lagu ABC aje, tapi last-last tukar lagu Negaraku. Hahaa. Ngekkk. Habis main, kita orang diberi masa 1 jam untuk berlatih buat persembahan malam itu nanti. Tak sabarlah :)

  Punyalah letih kami training tengah panas. Haha. Tapi enjoy sesangattt. Kami berlakon cerita ALICE IN THE WONDERLAND. Alice ialah Kak Erin, Harmish pulak Adam yang ambil watak tu. Kak Mila jadi  Red Queen and Kak Churry pulak jadi White Queen. Upps, lupa sorang lagi. Abang Man jadi Hatter. Seronoknyerr. Semua orang sporting belaka. Heuheu :P Habis masa 1 jam, kami kembali berkumpul di tempat letak kereta. Lepas tu, kami mesti main game lain pulak and temanya tak lain tak bukan, air. Hah, mesti basah terukk! First game, memang saya geli sangat!! Masuk dalam parit lepas tu merangkak di dalam parit yang dipenuhi air kotor warna coklat!! Ekhhh, masuk ajelah. Sekali-sekala sporting tak apa kan? Lagipun, saya dapat kawan baru. Budak cina dari Girls Brigade. Habis aje permainan tu, main permainan kedua. Serious saya cakap, game kedua memang bosan! Malaslah nak cerita. Skip game ketiga, kami main ikat kaki guna tali then berjalan serentak. Susahhh. Game   yang keempat, kami main osom@ozom. Kalau kalah kena simbah air. Kalau menang pun kena jugak!! Eee, tak adillah. Lepas habis semua game kami main, kita orang pun mandi sebersih-bersihnya. Sebab badan saya busuk sangat. Bukan saya sorang aje, semua orang bau lembu. Uwekk, hahahah! xDD

  Tibalah malam kebudayaan pada malam itu! Woahh, saya nervous sangat!! Tapi, disebabkan geng-geng yang sporting, saya relaks ajelah. Hahaa. Kesian tengok Abang Man dengan Haqim, habis muka mereka berdua kami make up. Alolooo, saya tengok Abang Man macam zombie pun ada jugak. Haha! Lawak lawak xDD And, tibalah masanya kami buat persembahan. Erghhh, malu-malu!!! Saya ni ada stage-freak!! Bila dah habis, saya lega sangatt! Fuhh!! Habis berlakon, kita orang ambil gambar. Tapi, saya benci tengok gambar tu sebab muka saya burukkkkkk!!!!! Aaaa :( Takpe je lahh. Dah snap, nak buat macam manaaa! :<

  Lepas semua orang habis buat persembahan, kami tukar-tukar hadiah. Saya tukar hadiah dengan budak cina. Tak kenal pun :P And saya dapat hadiah tumbler dari Haqim. Yang lucunya, masa kami belum tukar hadiah lagi, saya cakap dengan Haqim "Wahh, besarnya hadiah! Berik aku jak ae! (Wah, besarnya hadiah! Bagi saya ajelah!) Hahaa. Rupa-rupanya, dia memang bagi hadiah tu dekat saya pun! Alahai, masinnya mulut saya ni. Quackquack :D Habis tukar hadiah, kami balik kelas then tidur. Mula-mula tak dapat tidur, tapi tidur  ajelah sebab dah letih sangat! = = '

  Keesokan harinya, pukul 5 pagi kami dah bangun and mandi. Habis mandi, pakai baju and terus training kawad. Masa training tu, Rashidah menangis sebab abang dia tegur dia. Tiba-tiba aje Adam datang then terus menyanyi. Hahaha. Lucu betul lagu Adam tu. Dia nyanyi "jangan menangis, Rashidah.. jangan bersedih, Rashidah.." Kami pun ketawa. Rashidah pun chill and sempat lagi kami ambil gambar. Besttt. Mereka semua sporting belaka. Lepas tu, kami pun pergi kantin, breakfast. Lepas breakfast, kami pakailah topi yang ada bulu-bulu warna hijau tu. Hahaa. Saya pakai terbalik, sepatutnya logo sebelah kanan. Adam tegur and dia terus tolong aturkan. Aww, thanks ucekk! Hahaha. Kami terus masuk stadium and tengok kadet polis berkawad. 30 minit lepas tu, turn kami pulak berkawad. Saya nervous sangattttt!!! Tapi Adam dengan Kak Dira sempat lagi buat lawak sebab mereka berdua berdiri sebelah saya. Hihii ^^ Masa kawad tu Adam sempat lagi main-main. Dia cakap "panas, panas, panas gila babi." Apalagi, pecah berderai ketawa kita orang! Ada-ada aje dia ni. Habis kawad, kami pun lega! Tapi, semua orang menangis sebab ... tak tahulah kenapa! Saya nak nangis sebab ini tahun terakhir kami dengan Halim (saya tak biasa panggil dia abang), Kak Haslina, Abang Man, Kak Shila@Diana, Kak Mila, Kak Churry, Kak Erin, Kak Ijot, Azri (dia ni pun saya tak biasa panggil abang) and lain-lain!! Mereka form 5 tahun ni. Sedihnyaaa! Mereka baik sangatt. Hahaha.

  Time to go home.. Sedihh. Saya rasa taknak balik. Tapi, takkan nak stay aje kot? Kami sempat lagi pusing sekolah and snapsnap. Err, sedih bila saya tengok video yang Rashidah ambil hari tu. Macam satu family aje kita orang! Aaaa, tak mungkin saya lupa korang sampai mati! Love you all haee. K byee! :')

p/s : Ini gambar kita orang. Saya tak upload semuaaa. Nak tengok lebih banyak, carik di fb okay? ^^



Adam (baju putih) and Abang Man (baju merah)



This is us. Hee, beberapa minit sebelum berkawad. Get ready you alls!


Yeahhh!! Semua buat muka sempoi :P


Dari kiri ; Kadet Bomba, Pandu Puteri, Kadet Koreksional (kamilah tu!), Kadet Remaja dan Kadet Polis. Yang lain tak nampak (Girls brigade, Boys Brigade, PBSM dan satu lagi saya tak ingat :P)



Waaa, spoiler betul si Azri ni. Hahaaa. Sempat lagi dia buat posing ala-ala iklan Rexona dekat situ :D


Family of kadet koreksional photo! Yang pakai baju biru petak-petak tu exco kita orang. Nama dia Azri and abang kepada Rashidah.Yang pakai tudung biru tu Kak Ijot, dia pun exco :)



        BYE!!!