YMCA ;)


 Assalamualaikum :) Hari ni saya nak cerita sikit pasal semalam ( 16-9-2012 ). Kitorang pergi YMCA! Yeayy :) Bestnyerr tak terkataa. Haha. Mula-mula sampai sekolah tu around 6.30 o'clock. Tapi, bas sampai pukul 8.00 daa -.-' Haha. Skip the boring part. Dalam bas tu memang kecoh jugak lah sebab bas yang uncle cina bawak tu laju nak mati gila. Yang saya geram, Halim dengan muka selamba dia habiskan keropok saya. Haha, saya tak kisah pun. Sharing is caring maa ;D

  Sampai aje kat YMCA, kitorang snap snap dulu. Argh, baru saya teringat saya terlupa bawak camera. Erghhhh, sabarrrr. Lepas ambil gambar kitorang pun masuk tempat tu dan cari pondok. Nasib baik pondok tu dekat aje dengan sungai yang mengalir kat bawah. Haha. Lepas ronda-ronda sekeliling YMCA tu, kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan 1,2,3 dan 4. Saya sama kumpulan dengan Rashidah, Nadia Ariffin and Kak Haslina. First game, mesti buat logo. Nama kumpulan kitorang Rainbow. Hahaha. Lepas buat logo, kitorang main game 'ice breaking'.  Mula-mula, saya malu jugak lah sebab saya ni kan pemalu ;P Hehe. Halim pulak tak habis-habis sakat saya dengan nama Shila Amzah. Eee, tumbok kang ;) Sebab dia panggil saya camtu, nanti saya bagitau eh? Lepas main game, kami pun main air. Haha. Azri dan Kak Mira memanggang ayam. Saya tak berani nak mandi so rendam kaki aje dah cukup. Malas nak kotorkan jeans.

  Lepas puas main air, kitorang pun makan tengah hari. Ayam panggang yang Azri dan Kak Mira panggang memang sedap gilesss. Haha. Lepas makan, kitorang main game ke-3. Game ketiga agak susah, iaitu mencari kertas sekecil beras. Apuu, ingat senang ke hah? Haha. Kumpulan 2 hilangkan bendera so kena denda mesti memperkenalkan diri dengan suara itik. Alaa, kesian tengok Rahmah. Hahaa. Relax dear ;) Lepas diorang kena denda, kami pulak kena denda sebab markah kami ketiga kecil. Ee, geramnya. Tapi, dendanya tak susah. Ketuk ketampi sambil nyanyi lagu Grenade dalam masa 30 saat. Haha. Teringat pulak dengan Mat Luthfi.

  Halim cakap masih ada masa lagi nak main air so apalagi, kitorang pun mainlah puas-puas. Mula-mula saya duduk kat jeti kecil tu aje sebab malas nak turun. Azri yang tengah duduk kat dahan pokok pun cakap dekat Akim "Tarik Nini ya, Kim!" Saya pun menjeling geram dekat Azri. "Iboh nak ngada-ngada! Sikda seluar spare tok!" Saya pun balas balik. Azri ketawa terbahak-bahak, "Nang ngada-ngada pun." Hai, tau takpe. Haha. Jangan marah. Gurau jerrr. Kami berempat ( saya, Eyma, Eyda, Rahmah ) macam orang gila lari dalam sungai tu sebab Halim nak tolak kitorang dalam air. No way!

  Lepas main air, kami pun tukar baju. Alaa, kesian betul tengok jamban tu. Haha. Lepas tukar baju, kitorang pun balikkkk ;( Tak puas lagi rasanya balik awal sangat. Haha. Dalam bas tu semuanya kepenatan. Paling teruk, hari hujan. Haha :') Walaupun saya seronok hari tu, tapi hati saya tetap tak seronok. Saya tak tahu macam mana nak cakap dengan dia. Esh, dahlah. Oh ya, pasal Shila Amzah tu. Saya, Eyma dan Eyda kan rapat, sebab tu Halim gelar kami tiga suara. Amboi, sedapnya mulut! Eyda dia selalu gelar Ning Baizura, Eyma pulak dia gelarkan Jaclyn Victor. Haha. Nasib baik dia gelar saya Shila Amzah. Okey lah tu. Haha. Terima kasih Halimmmmm ( Weekkkkk -.-' ) HAHAHA XD



Eyda aka Ning Baizura ;P



Eyda and Eyma :)



Eyma and Eyda 



Eyda and Rahmah



Ning Baizura and Shila Amzah tekonok! Haha XD



Rahmah, me and Eyma



Eyma and Eyda



Rahmah and Eyda



Yuck! Hahaha ;D



Gambar before Akim kena buli kitorang :) Ngeh ngeh

Baju kuning tu Azri, baju hitam tu pulak Halim, and baju biru Akim.



Eyma aka Jaclyn Victor XD



EYMAAA 



EYMA EYDA



Perasan jadi kanak-kanak Ribena jap :P



my ladeyhh ^^



It's me :3



Wooooo! Hahaha.


Nur Karima Bolhassan



Rashidah Wazir



Yeahh ><



Peace \../



Gambar selepas Akim dibuli kitorang. Hahha. Kesian nyerr ;P



3 girls yang excited habissss




Eyma and me



Me! Rasa hebat aje dapat naik atas-atas nii :3



I <3 Zuckerberg ngeeee :3



otw to pondok



Me and Tasneem. Bukan Ainan Tasneem okay? :)



BFF :D



Posing kejap :P



           Dahlah, saya out dulu. sakit jari ni taip-taip-taip. Haha. Okey bye ;) Enjoy tha pictha!

No comments:

Post a Comment

ANNYEONG ! DO LEAVE SOME COMMENT ! ^^