I'm waiting outside the lines

  Assalmualaikum :') Hee, mood saya down sangat hari ini. Bukan hari ni saja, dari minggu lepas lagi dah saya memang tak ada mood. Why? Sebabnya, barang yang saya order hari tu, yang katanya AKAN sampai bukan April, tak sampai-sampai jugak hinggalah hari ini. Tapi, saya confirm sangat barang saya tu tak akan ada hari ini. Sebab, hari ni kan hari Ahad, Post Laju cuti :( Hishh, itu baru satu. Sebab saya bengang pulak ialah kerana esok Nazir dari KL or Semenanjung (sorry saya tak tahu sangat pasal ni) akan datang ke sekolah kami and kami mesti (terpaksa sebenarnya) membawa buku teks bagi setiap subjek. Bayangkanlah, esok ada 8 subjek. Kalau sehari saya tak kisah, tapi SEMINGGU! Ya Allah, saya rasa nak ambil cuti sakit aje, tapi tak logik kan? Haha xD Tak apalah, kalau saya merungut pun macamlah dapat halang pihak Nazir dari Semenanjung tu datang. Biarlah, jadi pelajar memang ada part masam manis pahit gitu. Kan? Lagipun, kalau saya tak sekolah, ilmu tak masuk, tup-tup gred PMR pun turun. Hah, yang tu saya bingung sangat. 5 bulan lagi nak PMR. Aduhaii, I'm begging you, please don't give us hard question for the exam! Especially Maths! Ya, matematik ialah matapelajaran paling SUSAH, bagi saya! Hmm, tak apa! Saya nak belajar rajin-rajin nanti dapat beli voxie! Okay, bye!